Sunday, January 16, 2011

La ikro ha fiddin....menyentuh hati ku....

Assalamualaikum.......

Hai...dah lama rasa nye x tulis entri pape kat blog ni...Hari ini sura nak share something dengan korang semua....
Semalam.....pas je ulangan Raja Lawak...terus je sura layan channel 105....tgok2 kat info de cte melayu....Tajuk nye LA IKRO HA FIDDIN.....macam best je ni...Sura pun layan la cite ni bersama2 abg aku Acoi....huhuhuhuhu

LA IKRO HA FIDDIN kalau x salah maksud nye ialah TIADA PAKSAAN DALAM BERAGAMA....ceritanye mengisahkan tentang percintaan,agama dan budaya.Cerita ni di lakon oleh syarifah amani dan zach x factor....yang buat sura tertarik dengan cerita ni sebab background lagu cite ni....memang best....

Ok la sura cite ckit sinopsis cite ni.....Edward adalah seorang doktor yg dilakon oleh zach..Edward bkerja di Indonesia...Semasa di sana,Edward berjumpa dengan NURLISA dan Nurlisa juga adalah doktor..Mereka pun bercinta.Edward dan Nurlisa pun bercadang untuk berkahwin.Untuk pengetahuan semua,Nurlisa adalah beragama islam dan Edward kristian.Disebabkan mereka berada di Indonesia,tiada masalah untuk mereka berkahwin lain2 agama.Edward tidak perlu memeluk agama islam......Tiba la hari perkahwinan mereka.Edward cuba menghubungi Nurlisa tetapi tidak berjaya.Tiba2 Edward ternampak Nurlisa dalam keadaan berlumuran darah depan Gereja.Nurlisa mati di depan kejadian.....

Edward mengambil keptusan untuk pulang ke Malaysia dan bkerja di sebuah Klinik Desa.Selepas waktu bkerja,Edward gemar mengambil gambar di sekitar kampung tersebut.Tiba2 Edward terlihat seorang gadis bertudung.Gadis itu ialah Nurlia yang di lakon oleh Syarifah Amani.Nurlia merupakan guru kelas agama di kampung tersebut.Dia juga murupakan anak kepada imam kampung itu iaitu Iman Taha......Nurlia juga bkerja melukis batik kepunyaan arwah ibunye....Pada suatu hari,Edwar pun datang ke tempat Nurlia bkerja.Edward tertarik dgn batik yang di buat oleh Nurlia.Selain itu,Edward juga minat untuk belajar budaya orang kampung dan meminta Nurlia mengajar nye.....Pada masa itu juga,Edward mula ada perasaan terhadap Nurlia....
Mereka pun berkawan baik.Pada masa yang sama,Nurlia juga di minati oleh Samiri.Samiri agak tidak senang kedatang Doktor Edward di kampungnye.Samiri murapakan ex tunang Nurlia.Macam2 la terjadi kepada Doktor Edward kerana rapat dan mesra ngn Nurlia.....

Nurlia juga menyimpan persaan cinta terhadap Edward.....Disebabkan Nurlia mengalami barah hati yang amat kronik,Nurlia meminta Edward menjauhkan diri darinye.....Tapi disebabkan cinta Doktor Edward terhadap Nulia....Doktor Edward cuba untuk mendekati Nurlia ......huh....x mau la sura cite lagi....Nanti korang tgok la kat astro. Apa jadi kak Nurlia.....ending nye mmg best la......Adakah Doktor Edward dapat berkawin ngn nur lia?????
Doktor Edward (Zach X factor) & Nurlia (Syarifah Amani)
Dialog x leh aku lupe.......APA BENDE YANG AWAK NAK DALAM DUNIA INI TAPI AWAK TAK DAPAT SEHINGGA  AWAK TERPAKSA MENCURI.........(HATI AWAK)


Sura nak share lagu background cite nie....mmg best la...Sura dengar lagu ni pun kat blog orang lain.....best tau,cube hayati betul2.....

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


No comments:

Post a Comment