Thursday, October 17, 2013

Alhamdullillah : 4 Bulan

 Salam jumaat semua.......syukur hari ini sura dah pregnant 4 bulan.Sekarang ni excited sangat nak rasa pergerakkan baby kat dalam perut ni....Cepat la gerak2 baby....apa yang sura baca kita akan rasa pergerakan baby waktu minggu ke 18 ke atas.huhu excited sgt nak rasa baby gerak2.

Yang kat bawah ni tarikh sura kena pegi hospital dan klinik.Asyik kena pegi klinik je sejak di sahkan kena kencing manis.Risau sangat,tak pernah ada kencing manis,bila mengandung ada kencing manis.Kena jaga makan semua.Hope baby sihat la kat dalam perut.Tapi perasaan nk makan jangan cakap la sekarang ni.....sangat kuat makan.Tapi perut sura masih x nampak lagi...Boleh je pakai baju kurung pegi kerja.


28hb Okt 2013 -Hosptital Seremban ( Jumpa pakar pemakanan)

29hb Okt 2013 - Check perut dengan misi Wong

30 Hb Okt 2013 - Kerja

31hb Okt 2013 - Kena ambik darah sampai 8 mlm ( sebab kencing manis )


Gambaran baby 16 minngu (Gambar copy dari Baby Center)



Comel je dalam perut....ok daaa....sura nak sambung kerja...

Thursday, October 10, 2013

Puan Massura


Tak sengaja lewat depan rumahmuuuuu...
ku melihat ada tenda biruuuuu...
di hiasi,indanya jalur kuning,
hati bertanya pernikahan siapaaaaaa.
..jenggggg...jengggggg

Tak percaya tapi ini terjadi
kau bersanding duduk di pelamina
airmata jatuh tak tertahankan..
kau khianati cinta suci ini....


Entri kedua untuk hari ini...nyanyi lagu tenda biru bagi mood sikit....hehehehe..Alhamdullillah,syukur dengan rahmat,sura sah menjadi isteri kepada
HELMEE BIN HUSSEIN.Walaupun banyak dugaan dan rintangan akhirnya sura bertukar gelaran/status  PUAN MASSURA...amin......

Pada hari Jumaat.31032013........


Sebelum majlis pernikahan berlangsung,pelbagai emosi yang perlu di kawal secara langsung dan tak langsung...tapi lega sangat bila sah menjadi isteri....Penat jangan cakap,saya la pengantin..saya lah segalanya..tak mau cerita,semuanya telah selesai dengan sempurna.Terima kasih pada Apak.Mak,Adikberadik,kawan2,saudara mara dan jiran2 yang banyak membantu.....


Untuk entri ini ,tak nak cerita panjang lebar.nanti sura buat part by part ok. berkenalan,bertunang,persiapan,majlis sanding n majlis bertandang ok...Sura share sura 1 picture waktu lepas nikah...ini la suami sura..........




Ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hari
seorang lelaki,bernama suami,
kerana engkau isteri
ku ingin kau mengerti
bahawa hidup ini
tak semudah
yang kita janji kan
yang kita impikan
kerana kau isteriku......



Love u Abang....


Happy Birthday To Me

Salam......agak lama jugak meninggalkan zaman berblog ni.....hari tu call cik fatin,dia cakap tengah nak buat blog.....kita apa lagi excited plak nak tulis blog semula...last post kat blog ni pun tahun 2011...huhuhu..agak bersarang jugak blog sura ni...


Tajuk entri sura hari ni "Happy Birthday To Me"...saja nak share 1 picture waktu sambut birthdaya sura yang ke 25 tahun ok...Thanks pada cik fara,cik fatin,ba'i n my abang..opss terlupa plak hulubalang cik fara alaaaaa...x ingat la nama die.....Cik fara n cik fatin wat surprise kat kite...malu je rasa,yela xpenah la org buat surrise kat kite...huhuhu..pape pun thanks ya....sayang ko orang dunia akhirat.....



CIK FATIN,ME CIK FARA
Ok...tak tahu nak tulis apa...tggu next entri ok..love u

Thursday, November 24, 2011

Kasihnya Ibu Bawa Ke Syurga,Kasih Ayah Sanggupkah berpisah...

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga

Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah

Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Salam.....Selamat Hari Jumaat...hari ini terdetik hati Cik suRa nak create tentang cerita pasal ibu dan ayah.Terasa indu Cik Sura pada mak & apak Cik Sura.Walaupun kerja Cik Sura bertimbun-timbun di depan mata Cik Sura,tapi Cik Sura nak share 1 perkara yang Cik Sura nampak dan berlaku pada Cik Sura harini.

Tepat jam 7.00 pagi pak cik teksi Cik Sura mesti sampai depan pintu pagar Cik Sura...Selalunya pakcik teksi tu pagi2 dah cerita pasal BOLA kat Cik Sura.Cik Sura pun layn je la.Ye la,Cik Sura ni hantu tgok bola.Tapi hari ini pakcik tu story benda lain plak....

PakCik :Sakit boto ati pakcik ngan anak pakcik
C.Sura:nape lak pakcik
Pakcik:mana pakcik x marah,pointer ea rendah pastu ptptn ea kono tarik la.Poning pak cik fikir kan.Mana x ea..cuti sem hari tu,duk umah asyik main game je.Acik tgok kan je.Aleh2 mlm tdi tipon pakcik mintak tlg byar yuran ea.....duit mkan nnti pandai2 apit cari.Die ingat duk sehari gak ea...kan ari2 nak mkan kuci...
C.S:Sabar la cik....
Pakcik:Poning acik fkir kan mlam tadi,x tido acik....
( terhenti borak aku ngan pakcik coz dah sampai terminal,nak naik bas )

Sambil Cik Sura pergi kat bas Cik Sura,Cik Sura fkir je pe yang pakcik tu cerita sal anak dia.Yela,mak ayah kite susah cari duit hari2 tapi kite main2 belajar.Cam tu agaknye mak & ayah Cik Sura fikir waktu Cik Sura x dapt result ok wak tu dulu2 kan...Fikir Cik Sura menganggur kat umah lama.Sedih hati mak Cik Sura waktu tu tgok anak org lain pergi kerja tapi Cik Sura duk je kat umah.Bukan senang nak cari kerja sekarang.Alhamdulillah,skrang Cik Sura dah kerja tapi susah hati gak ni coz kontrak Cik sUra dah tamat....Doa2 kontrak sambung @ Cik Sura dapat kerja yang lebih baik la.Cik Sura nak sangat mak & ayah Cik sura happy bila tgok Cik Sura dapat kerja ok.....Ya ALLAH permudahkan la perjalanan hidup Cik Sura....
Ok...itu baru part Cik Sura ngan Pakcik Teksi...Second part plak,Cik Sura naik bas.Macam biasa la.Pagi2,x la ramai yang naik bas.Bas Cik Sura jalan dalam pukul 7.20a.m...Selalunye sebelum bas jalan,driver tu pergi breakfast dlu.Pas Cik Sura naik,ramai la naik bas tu.Pak Cik Driver pun dtang kat bas.Bas nak jalan dah....pastu tiba2 dtang sorang atuk ni naik bas.Nampak uzur Cik Sura tgok.Kat tangan atuk tu Cik sura nampak,atuk tu pengang tempat salur kencing.Yela kot...Cik sura pun x tau.....

Driver:nak pergi mane pakcik?
Atuk:nak pergi bongek.
Driver:pakcik dari hospital ke?
Atuk:aah...baru je kuar wad ni
Driver:nape pakcik x suruh anak pakcik ambik pakcik
Atuk:( nada yang sedih )Dieorg sibuk kerja...
Driver:oooo...duduk la pakcik,kan jatuh plak nanti
Dalam hati Cik sura....sian nye tgok atuk ni.dah la baru kuar hospital...mengigil bawak beg n bawak tempat kencing die tu.Tapi Cik Sura rasa anak die msti nak ambik atuk ni lepas kerja.Tapi atuk ni nak balik umah gak...( dalam hati Cik Sura la ) tapi kan fikir2 balik,boleh je anak die ambik atuk ni pagi ni.Mana ade org nak duk hospital lama2..X selesa...lagi2 orang dah tua.Duk umah lagi selesa.Tapi anak bila dah besar x tahu nak hargai mak & ayah dieorg.Waktu Cik Sura demam,a.s.a.p mak n apak Cik Sura datang pergi Seremban.Cik Sura cakap x yah dtang,Cik Sura ok..tapi tgok2 die dtang gak.Wlaupun hujan, tetap gak dtangApak Cik Sura mmg x nampak bawak keta malam2,lg2 time hujan.Terharu Cik Sura tgok dieorg datang.Cik Sura harap,bila dieorg dah tua nnti.Cik Sura janji akan jaga mak & apak Cik Sura.....Indu nye ngn mak & apak.Moga mak & apak di panjang kan umur,di murah kan rezeki dan sihat tubuh badan dieorang.AMIN.

HARGAILAH MAK & AYAH KITA YANG MASIH ADA.JANGAN BILA DIEORANG X ADA BARU NAK MENYESAL.IGAT TU KAWAN2....

lov u ALL





Tuesday, November 22, 2011

Cik Sura Kembali

Salam semua....alhamdullillah Cik Sura kembali sihat dan boleh ber blog semula.Mana tak nye Cik Sura demam teruk hari tu..Pas 2 hari tgok bola Negeri Sembilan Vs Terengganu terus Cik Sura demam....Ermmmm,x mau la cite pasal Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia,tapi nak habaq Malaysia menang Bola Sepak Sukan Sea 2011....Tahniah Harimau Malay.....Sayang lebih la kat Badrol & KFCM coz buat terbaik waktu penalti tu.....

Hari ni sebenarnya Cik Sura nak share gambar Cik Sura & Student Cik Sura pergi lawatan tapak kat Seremban 2.Memang best la masuk tapak.Teringat zaman-zaman Cik Sura kerja site dulu....


masa bergosip dengan akk JKR

Ni Student Cik Sura

Me & Puan Fizah          




Wednesday, November 2, 2011

Cerita 3 Nov 2011

Assalamualaikum semua,sejak 2 menjak ni asyik nak update blog je....bagi Cik Sura bila dapat update blog ni,dapat meredakan stress Cik Sura ni.Walaupun bdan tak berapa nak ok,Cik Sura gagah kan hati update blog Cik Sura arini.

Semalam,pas je balik kerja terus Cik Sura selimut badan Cik sura kat atas katil.Hanya Allah je tau,betapa sejuk n panas badan Cik Sura.Dulu ade jugak kawan2 care bila Cik Sura demam.Sekarang ni kena la berdikari sendiri coz Cik Sura tinggal sorang je kat bilik tu.Kuat kan je hati Cik Sura ni.Cik Sura mula la call mak Cik Sura.Tak tahan badan panas sangat.Student dtang bilik Cik Sura pun,Cik Sura dah x sedar.Harini Cik Sura nak balik umah akk Cik Sura la.Esok Cik Sura nak M.C.Rasa x larat nak buat pape.Tapi kuat kan je badan ni.

Walaupun badan kurang sihat,Cik Sura sempat jugak bergosip dengan officemate Cik Sura.Cik Sura dah anggap die mcm akk Cik Sura dah.Die suka bagi nasihat kat Cik Sura.Selesa la dengan die.Arini tajuk gosip Cik Sura,Jangan Cemburu Buta.huhuhuhuhu....macam2 zaman sekarang ni kan.nnti la Cik Sura share cerita Cemburu Buta.Cik Sura nak stop dulu,kepala Cik Sura dah berat tgok P.C ni.Hope semua org dapat menjalani aktivi harian dengan sebaiknye.....Love u all

Tuesday, November 1, 2011

Cerita 2 Nov 2011

Selamat pagi semua...hari Cik Sura x berapa nak sihat...macam x larat nak buat kerja.Tapi kuatkan hati gak pergi kerje coz kerja2 berlambak2 kat meja ni.Nak setle tanda assignment student,nak create exam tuk student & macam2 lagi kena wat...

Cerita pasal mood,mood Cik Sura x berapa nak baik sekarang ni.Boleh plak waktu Cik Sura nak pergi kerja student Cik Sura jerit Cik Sura Sayang.....Sayang.....dalam hati Cik Sura nak kena budak ni.Siap la masuk bengkel nnti.Apa lagi,pas je punch card terus Cik Sura pegi kat budak tu,Cik Sura sound la die.Biadap sangat.Terus terdiam budak tu.Nak bergurau time mood Cik Sura x baik,mmg la kena.....ambik kaw bom Cik Sura dah meletup......

Ok la semua,Cik Sura dah x larat nak taip pape dah.Cik Sura harap Hari ini lebih baik dari semalam..

.amin.luv u all